Friday, June 17, 2011

Bintang Sekolah (part 2) - Pertembungan Yang Menyakitkan

"Isy.. perasan pulak budak ni ," lalu Sha menepuk kuat kepala Moira.


"Aduh.. sakitlah , mak cik !" Moira terus menggosok-gosok belakang kepalanya yang comel itu. Sha hanya tersenyum .


"Hari ni aku memang tak bercadang nak main basketball lah. Adalah aktiviti yang aku nak buat tu... hehehe. Dah jom kita pergi makan...perut aku dah berkeroncong ni. Nanti dia main lagu heavy metal , meroyan pulak aku dibuatnya !" Sha terus menarik lengan Moira sambil tersengih-sengih bergegas ke kantin.


"Ada-ada ajelah , kau ni. Yalah... yalah !" Akur Moira dengan muka yang rela , seraya mengikuti Sha berlari anak ke kantin. Sha hanya tersenyum sambil memandangnya.


"Weh , Sha , pandang depanlah... ada orang tu!" Teriak Moira sambil menunjuk ke hadapan... akan tetapi , dah terlambat . Tidak sempat Sha memalingkan mukanya ke hadapan.


Buk !!


"Aduh , sakitnya kepala aku... keras betul kepala budak ni! Fuh... sakitnya. Hoi , tak tengok orang ke?!" Marah Amir , pelajar lelaki yang paling bermasalah dengan Sha selain daripada Geng Ganggreen , sambil memicit kepalanya.


Sedang Sha masih mengusap-usap kepalanya menahan sakit , lantaran terlanggar kepala budak poyo tu , boleh pula Amir kata macam tu. 'At least , tanyalah aku okey ke tak. Ini tidak!'


"Ehhh... siapa yang tak tengok siapa sekarang !" Ujar Sha bangkit mempertahankan diri sambil mengurut-urut kepalanya dan menyambung lagi . "Kalau ya pun kau nak tutup malu langgar orang , tak payahlah jerit-jerit. Cakap baik-baikkan boleh! Barulah gentlemen , tak gitu? " Sha pun menjeling tajam.


Pelajar-pelajar Sedaku mula berkumpul untuk menyaksikan pertikaman lidah antara Sha dan Amir yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar sekolah ini. Entah mengapa mereka sukar benar melihat pertikaman lidah diantara Sha dengan si Amir ni. 'Kalau kat dunia ni dah kepupusan TV , radio , filem , atau drama ke , ke fahamlah jugak sebab die orang berminat sangat nak tengok drama yang berlangsung di antara aku dengan Amir ni. Erm , bertambah pening dan sengal kepalaku ni' .


"Kadang-kadang , aku tengok dia orang nie dah macam suami isterilah pulak. Asyik-asyik gadoh. Dari dulu sampai sekarang , macam tu lah dia orang . Tapi apa-apa pun , best jugak kan dapat tengok drama live" , celah Amin kepada rakan-rakannya yang lain.


korunk semua mesty nak thu ape yang akan terjady antare Sha dan Amir kan ? nantykan cerite sambungannya ye... bubbye ~!

No comments:

Post a Comment