Sunday, January 29, 2012

Tutorial : Macam Mana Nak Buad Nama Bergerak

Hye and Assalammualaikum to kaq Yana and adeq-2 kuu Nanie and Tasha .  Hari ney kaq Fiya nak ajar korunk macam mana nak buad nama bergerak . Senanglaa korunk bolee tlong kaq Fiya and Ann edit . Heee ~~

1) Bukak GOOGLE IMAGES

2) Type background apa yang pelanggan nak . 

3) Setiap nama mesti lebey daripada 1 nama . Contohnyaaa : Shaz Fiya .
Tabulee Shaz jer . Mesti ada 2 nama ataw lebey . 

4) Kalau nama dia ada 2 perkataan , background images tuuu MESTI save sebanyak 2 kali . Kalau nama dia ada 3 perkataan dan selebenyaa , mesti save ikut bilangan nama tersebut . Contohnyaa : Shaz Fiya . Korunk kena save 2 background yang SAMA . 

5) Lepas dah save , bukak Photoscape

6) Tekan dekat EDITOR 

7) Edit nama seperti nama biasa yang korunk edit . Edit laa ikut pelanggan tuu nak . Dan letak laa corak sikit-2 . Contoh :
Ini pic pertama
Jangan lupa save taw? Hihi , :P

Ini pic kedua 



8) Okengg . Dah siapp save kan? Jangan tutup Photoscape lagi . 

9) Nampak tak dekat bahagian atas tuuu tulis ANIMATED GIF? 

10) Kalau nampak , tekan situuu . (Sorry korunk . Akq tabulee nak tunjuk contoh . Sebab komp akq sumer warna hitam . Jadi ta nampak tulisan dyer . So korunk kena crik laa sendiri)

11) Lepas daa tekan animated gif tuu dyer kosong jer kann tempat dyer?

12) Okay , korunk tekan perkataan ADD .

13) Lepastuu , tekan ADD A PHOTO pulakk . Kalau tak nampak , ney gambaa nyaa .
Tekan dekat arrow warna kuning tuu taw? 

14) Tambah laa gambaa yang korunk da edit tuu . 

15) Mula-2 letak satu nama tuuu . Contohnyaaa Shaz .

16) Kemudian , tekan balek ADD and then ADD A PHOTO tuu . 

17) Dan tambahkannn lagi satu nama . Maksudnyaa nama kedua . Nama akaq yang kedua ialah Fiya kan? So , akq tambahkan Fiya .

18) And then dyer akan jadi bergerak kann? 

19) Korunk jugak bolee tukaa Effect diaa tau . Tekan dekat CHANGE EFFECT .

20) Dah siap? Dah puas ati dengan edit korunk? Okay . Apa lagi . Save laaa ! :)

21) Lepas dah save , pegi dekat PHOTOBUCKET . Yang belum Sign Up , pegi sign up duluu . Ney link nyaa . http://photobucket.com/

22) Lepas dah Sign In account masing-2 , dyer pegi ke account korunk kann? 

23) Nampak perkataan UPLOAD? Ni gambarnyaa :
Tekan dekat arrow yang warna kuning tuu taw?

24) Lepastuu , dyer akan pegi ke tempat upload taw . 

25) Korunk tekan laa button warna hijaw tuu . Yang dyer tuliss SELECT PHOTOS AND VIDEOS .

26) Masukkan gambaaa yang korunk da save tadi .

27) Bila dah siapp , korunk nampak tak perkataan VIEW ALBUM?

28) Kalau nampak , tekan . 

29) Nanti dyer ada dekat album korunk . Lepastuu , halakan mouse korunk ke gambaa yang korunk da upload tadi . 

30) Lepastuu , tekan dekat DIRECT LINK . Kalau tak paham , ney gambarnyaaa .
Tengok dekat arrow kuning tuu taw? Nanti dyer akan COPY link tuu sendiri .

31) Lepass tuu , paste laa ayat tuu dekat page kitaa . Dah siapp !

P/S : Harap korunk paham apa yang akaq ajarr . Kalau tak paham part mana-2 , tanya dekat chat okenggg? Thankies ! :)

Friday, June 17, 2011

Bintang Sekolah (part 2) - Pertembungan Yang Menyakitkan

"Isy.. perasan pulak budak ni ," lalu Sha menepuk kuat kepala Moira.


"Aduh.. sakitlah , mak cik !" Moira terus menggosok-gosok belakang kepalanya yang comel itu. Sha hanya tersenyum .


"Hari ni aku memang tak bercadang nak main basketball lah. Adalah aktiviti yang aku nak buat tu... hehehe. Dah jom kita pergi makan...perut aku dah berkeroncong ni. Nanti dia main lagu heavy metal , meroyan pulak aku dibuatnya !" Sha terus menarik lengan Moira sambil tersengih-sengih bergegas ke kantin.


"Ada-ada ajelah , kau ni. Yalah... yalah !" Akur Moira dengan muka yang rela , seraya mengikuti Sha berlari anak ke kantin. Sha hanya tersenyum sambil memandangnya.


"Weh , Sha , pandang depanlah... ada orang tu!" Teriak Moira sambil menunjuk ke hadapan... akan tetapi , dah terlambat . Tidak sempat Sha memalingkan mukanya ke hadapan.


Buk !!


"Aduh , sakitnya kepala aku... keras betul kepala budak ni! Fuh... sakitnya. Hoi , tak tengok orang ke?!" Marah Amir , pelajar lelaki yang paling bermasalah dengan Sha selain daripada Geng Ganggreen , sambil memicit kepalanya.


Sedang Sha masih mengusap-usap kepalanya menahan sakit , lantaran terlanggar kepala budak poyo tu , boleh pula Amir kata macam tu. 'At least , tanyalah aku okey ke tak. Ini tidak!'


"Ehhh... siapa yang tak tengok siapa sekarang !" Ujar Sha bangkit mempertahankan diri sambil mengurut-urut kepalanya dan menyambung lagi . "Kalau ya pun kau nak tutup malu langgar orang , tak payahlah jerit-jerit. Cakap baik-baikkan boleh! Barulah gentlemen , tak gitu? " Sha pun menjeling tajam.


Pelajar-pelajar Sedaku mula berkumpul untuk menyaksikan pertikaman lidah antara Sha dan Amir yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar sekolah ini. Entah mengapa mereka sukar benar melihat pertikaman lidah diantara Sha dengan si Amir ni. 'Kalau kat dunia ni dah kepupusan TV , radio , filem , atau drama ke , ke fahamlah jugak sebab die orang berminat sangat nak tengok drama yang berlangsung di antara aku dengan Amir ni. Erm , bertambah pening dan sengal kepalaku ni' .


"Kadang-kadang , aku tengok dia orang nie dah macam suami isterilah pulak. Asyik-asyik gadoh. Dari dulu sampai sekarang , macam tu lah dia orang . Tapi apa-apa pun , best jugak kan dapat tengok drama live" , celah Amin kepada rakan-rakannya yang lain.


korunk semua mesty nak thu ape yang akan terjady antare Sha dan Amir kan ? nantykan cerite sambungannya ye... bubbye ~!

Bintang Sekolah (part 1) - Pertembungan Yang Menyakitkan

"Ring.. ring..." bunyi loceng menandakan waktu rehat bermula. Berpusu-pusu pelajar Sekolah Tinggi Sedaku menuju ke kantin bagi mengisi perut yang kelaparan dan merengek minta diisikan makanan. Yalah takkan nak isi perut dengan batu dan kayu. Kantin Sekolah Tinggi Sedaku ini amat luas.


Meja makannya berbentuk bulat dan berwarna merah dan kuning. Di bahagian tengahnya tertera huruf STS yang bermaksud Sekolah Tinggi Sedaku. Setiap meja dilengkapi dengan lima buah kerusi. Ramai pelajar gemar menyasarkan kantin sekolah , sebagai tempat mereka melepak. Namun begitu , jikalau ada pelajar yang ingin lepak di kantin , mereka wajib membeli sekurang-kurangnya satu jenis makanan ataupun minuman di kantin sekolah. Jika tidak , mereka harus bersiap-sedia dengan leteran Mak Bedah , tuan empunya kantin.


"Sha , hari ni kau balik awal ke lambat ?" Soal salah seorang bestfriend Sha , Moira yang baru saja melangkah keluar dari kelas mereka , 4 Venus.


"Aku balik lewat agaknya , ada projel yang aku nak selesaikanlah...hehehe ," Sha berjalan dengan lagak tomboi menuju ke kantin.


"Projek aku ? Kau ni selalu sangat balik lewat... lagipun , hari ni bukan ke Meng sibuk. So kau nak main basketball dengan siapa ? Pelik aku !" Moira yang kehairanan , menggelengkan kepala dan rambutnya yang sering diikat dua. Rambutnya menyapu-nyapu muka Sha.


"Weh , amoi ! Kalau ye pun , kau nak mengibarkan rambt kau tu.. janganlah kibarkan rambut kau tu dekat dengan muka aku , nak bersin aku dibuatnya !" Tegur Sha sambil memegang rambut Moira dan lima saat kemudian... hacummm ! Dia terbersin.


"Sorry , aku tengah syok membelai rambutku yang hitam bersinar ni hah. Kalau ye pun kau minat sangat dengan rambut aku , kau janganlah pegang rambut aku kuat sangat. Dah senget kepala aku , kau buat ," rungut Moira sambil menepuk tangan Sha.


tuh je for hari niy.. bubbye ~!